Thursday, July 12, 2012

Tips mencari Medical Card

Saya nak share beberapa tips kalau nk cari medical card @ insurans takaful.

1) carilah yg islamic "takaful",bukan convensional
  •     Cara nk tahu islamic atau tidak senang sahaja kerana di Malaysia, hanya insuran yg tidak ada unsur riba,maisir dan gharar sahaja yg layak dapat lesen nama takaful. Jadi tak perlulah berbahas-bahas lagi, kalau ada nama takaful, anda tak perlu risau :). 
  • kalau takda nama takaful, tetapi agent kata islamic, terus mintak no. tepon company dan call, dapatkan info sebenar atau terus call Bank Negara Malaysia kerana lesen takaful dikeluarkan oleh BNM.

2) Carilah takaful yg senang claimnya
  • Tanya lah rakan-rakan terdekat anda berkenaan dgn insuran yang dia ambil, tanya pernah claim atau tidak? mcmana claim dll (selain dari insuran berkumpulan) 
  • Pergi ke hospital-hospital swasta yang besar, tanya kat kaunter admision, medical card insuran mana yg dia prefer (selain dari insuran berkumpulan)
  • Minta agent tunjukkan contoh-contoh claimnya sendiri.
3) Carilah syarikat insuran yang dah lama ditubuhkan
  • Kenapa perlu insuran yang dh lama? sebab pada awal-awal penubuhan syarikat insuran, pengalaman  bagaimana untuk syarikat mengurus claim amat cetek, fund tak cukup kuat, pada awal penubuhan syarikat hanya banyak menguruskan berkenaan dgn collection/kutipan.
  • Keadaan akan menjadi rumit dan tegar apabila company sudah mula untuk membayar claim kematian kerana claim kematian memakan amaun yg besar.

4) jika anda ingin membuat perbandingan antara insuran
  •     Anda boleh berjumpa dengan beberapa orang agent insuran dari syarikat insuran yang berlainan. Jika anda yakin dengan agent tersebut, sign up lah dengan hanya membayar 1 bulan premium (kalau agent atau produk tak meyakinkan, tak perlu sign) 
  • Teruskan mencari dan sign beberapa polisi lagi. kenapa sy minta anda berbuat demikian? kerana, antara percaya atau tidak, claim bergantung pada apa yang tertulis pada polisi, bukan pada cakap-cakap agent. 
  • Dalam masa sebulan, anda akan dpt 2-3 polisi yang anda sudah sign up,sila baca semua polisi anda. Yang mana memuaskan hati, sila simpan, Selainnya, sila pulangkan kepada agent, dan pihak company insuran akan pulangkan duit anda 100%. jika anda tak mampu untuk menghuraikan polisi ini 1 per 1, boleh kontek sy utk perkhidmatan membaca polisi  :grin: .

sekian sahaja sharing saya kali ini.
boleh follow sy di fb yusni tarmizi mohd yusof atau terus hubungi saya, 012.709.7482