Takafulink Puteri


Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.
Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu:
RM50,000, RM100,000 atau RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita. 
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
Manfaat Penjagaan Wanita
  • Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
    • Kanser payudara atau
    • Kanser Uterus Serviks atau
    • Kanser Tiub Falapio atau
    • Kanser Ovari atau
    • Kanser Uterus atau
    • Kanser Vagina/Vulva atau 
    • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis.
    • 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.
  • Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar .
    • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
    • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
    • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
    • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

Manfaat Penjagaan Ibu
  • Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar 
    • Komplikasi Kehamilan 
    • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
    • Kehamilan Ektopik atau
    • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
    • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau 
    • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
  • Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah. RM20,000 akan dibayar.
    • Penyakit-penyakit Kongential Bayi 
    • Sindrom Down atau
    • Kecacatan Vetrikel Septum atau
    • Kecacatan Atrium Septum atau
    • Spina Bifida atau 
    • Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan