Sunday, August 15, 2010

Suami isteri maut sebelum sempat berbuka puasa

Petikan dari akhbar beberapa hari yang lepas buat renungan kita bersama..

Suami isteri maut sebelum sempat berbuka puasa


SEREMBAN: Sepasang suami isteri tidak sempat menghabiskan hari pertama ibadah puasa mereka hari ini apabila terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM253.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang petang tadi.

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dikenali sebagai Mohd Daniel, iaitu
anak angkat kepada pasangan terbabit, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami luka di mata dalam kemalangan 4 petang itu.

Pasukan bomba dan penyelamat dari Senawang mengeluarkan mayat suami isteri yang tinggal di Tampoi itu dari kereta mereka.
Menurut polis, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Jamat Yaacob, 49, yang dipercayai bekerja sendiri dengan membekalkan bola golf terpakai di kelab golf sekitar Kuala Lumpur. Ratusan bola golf bertaburan di sekitar kawasan kemalangan. Isteri Jamat, Rosmah Omar, 48, cedera parah di kepala.

Pemandu lori treler itu, Alghazi Khamis, 48, berkata beliau bersama isteri dan anaknya yang berumur 5 tahun sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor apabila treler yang dipandunya mengalami kerosakan.
"Treler saya tidak dapat bergerak akibat kerosakan pada 'long shaft'. Saya tidak dapat bergerak ke lorong kecemasan dan terpaksa berhenti di lorong tengah," katanya kepada Bernama.

Beliau kemudian turun dari lorinya untuk meletakkan kon amaran kecemasan di belakang trelernya sebelum naik semula ke dalam treler.
"Tidak sampai tiga minit kemudian, tiba-tiba treler saya bergegar dengan kuat dan saya nampak sebuah Toyota Unser terperosok ke bawah treler saya,"
katanya.


Dalam kejadian berasingan di Nilai, seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an terbunuh selepas tercampak dari kereta Kancil yang turut dinaiki tiga rakannya.


Menurut polis, wanita terbabit yang duduk di sebelah pemandu tercampak selepas kereta itu terbabas ke lereng bukit pada jam 3.50 petang di KM273 berhampiran kawasan rehat Seremban.
Kereta Kancil terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari Nilai menuju Melaka.

Tiga lagi penumpang termasuk pemandunya terselamat. - BERNAMA


Bayangkan jika ini berlaku pada anda semalam,apa yg anda tinggalkan untuk anak anda pada hari ini?



p/s: Teringat ustaz di masjid pernah bertazkirah, katanya Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang bermaksud "Adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan keluarga kamu (anak-anak, ahli waris) dalam keadaan berharta daripada membiarkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta (Bukhari dan Muslim)."

Monday, August 2, 2010

Pekerja sektor awam tak perlukan medical card... anda yakin?

Nukilan dari sahabat: Khairul Azmi Razali (Wealth Planner)

Ramai pekerja sektor awam yang tidak dapat bonus gratuiti masa pencen sebab dah habis claim untuk rawatan penyakit di hospital masa bekerja.

Dah banyak juga kes pekerja sektor awam yang semasa masih bekerja lagi gratuity fund untuk rawatan penyakit sudah habis. Lepas tu masuk hospital kerajaan ingatkan 100% covered, alih-alih bila discharge dapat bil beribu-ribu pula.

Yang paling sedih, gratuity fund dah habis.. duit nak buat rawatan tak cukup.. so apa lagi option yang tinggal? Potong gaji le jawabnya.

Jadi, pekerja sektor awam yang dah pernah masuk hospital kerajaan masa masih berkhidmat dengan menggunakan
guarantee letter (GL) kerajaan, sebenarnya ramai tak sedar mereka dah gunakan konsep credit card "caj sekarang, bayar kemudian". Memang anda tak bayar sekarang tapi anda akan "bayar" balik masa pencen nanti.

Jangan tunggu sampai dapat tengok slip pencen nanti baru nak percaya... dah terlambat sangat dah masa tu untuk selamatkan duit persaraan anda.