Menurut Akta Takaful 1984, takaful bermaksud skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan di mana peserta bersetuju memberi sumbangan untuk tujuan itu.
Pada asasnya, konsep takaful adalah berteraskan konsep saling bekerjasama, saling menjamin, saling bertanggungjawab dan juga saling memelihara di kalangan pesertanya.
Konsep ini bertujuan untuk menggalakkan sikap tolong menolong dan perpaduan di kalangan peserta selari dengan konsep ta'awun iaitu saling bekerjasama.
Manfaat Takaful
- Memberi keyakinan kepada peserta takaful di mana apabila mereka menghadapi musibah atau kemalangan, mereka layak mendapat bantuan dan pertolongan dari dana takaful yang disertai.
- Memenuhi tanggungjawab sosial di dalam masyarakat Islam di mana kita wajib membantu saudara seagama kita yang berada di dalam kesusahan.
- Diperakui bebas dari unsur-unsur yang bertentangan dengan hukum syari'ah. (tertakluk di bawah Akta Takaful 1984)
- Konsep takaful tidak hanya terhad kepada peserta Muslim sahaja bahkan peserta yang berlainan pegangan agama juga layak menyertainya.
- komprehensif: Sebuah pelan yang lengkap terdiri daripada skim perlindungan, perubatan dan pelaburan(simpanan) di dalam satu pelan.
- Fleksible: Peserta boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan dan kemampuan dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan.
- Pulangan pelaburan yang tinggi: Menyediakan 3 dana pilihan untuk memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi untuk simpanan anda iaitu Dana Ekuiti, Dana Urus dan Dana Aman