PruBSN Protect dan PruBSN Protect Plus



PruBSN Protect adalah satu plan perlindungan takaful tradisional yang memberi perlindungan berupa bayaran pampasan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan samada disebabkan oleh serangan penyakit atau kemalangan. Bayaran pampasan akan dibuat jika umur pemegang polisi belum mencapai 70 tahun.

PruBSN Protect Plus  adalah satu plan yang sama seperti plan PruBSN Protect cuma jumlah perlindungan digandakan sebanyak 5% setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sertai sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, plan ini diperkenalkan memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah
  • Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan Anggota
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun. (jumlah pampasan meningkat sebanyak 5% bagi 3 tahun untuk plan PruBSN Protect Plus)
  • Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan Anggota Akibat Kemalangan
Memberikan keluarga pemegang polisi wang tunai sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal keseluruhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu kemudian membuat tuntutan ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang polisi cuti sakit (MC disebabkan oleh kemalangan). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang polisi disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar polisi anda pada masa akan datang sekiranya pemegang polisi disahkan mengidap sakit kritikal. Maksudnya pemegang polisi tidak lagi perlu membayar polisi takaful tersebut tapi masih boleh menggunakan kemudahan yang diberikan oleh polisi tersebut.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar polisi anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk pemegang polisi yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar polisi anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Konsep PruBSN Protect Plus


Plan ini sesuai diambil bagi sesiapa yang mempunyai bajet bawah RM100 (serendah RM20/bulan) untuk mendapat perlindungan takaful.

Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh call saya : 012.709.7482 atau email yusnitarmizi@gmail.com