Alam Kubur dengan kesempitan dan kegelapannya lebih hebat dari segala bencana yang ada diatas muka bumi ini...
Malaikat Munkar dan Nankir lebih dahsyat daripada segala makhluk yang engkau temui di atas muka bumi ini...
Alam Kubur dan kengeriannya... tak dapat dibandingkan dengan segala azab seksa di atas muka bumi ini...
Kematian itu sangat dekat denganmu... umpama dekatnya tapak kaki dengan tanah yang bakal menjadi perkuburan jasadmu...kematian itu hanyalah di antara 2 waktu solat, hanyalah di antara pejam celiknya mata....tapi...anehnya
...kematian itu menjadi perkara yang paling mudah di lupakan...
Dalam mengingati kematian, Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:
i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.
ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.
iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.
Menurut pandangan ulama, mengingati kematian di samping dapat meringankan beban duniawi, mampu melembutkan hati manusia.
Kesombongan, pergaduhan, pertumpahan darah, ketidakadilan serta perilaku negatif wujud akibat kehilangan kelembutan hati.
Mengingati kematian turut mendorong tindakan positif. Manusia akan mengisi hidup yang singkat dengan perkara kebaikan sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat, bangsa dan agama.
Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Malaikat Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembalinya.
Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab:
Yang paling baik akhlaknya antara mereka.
Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab:
Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Yang paling baik akhlaknya antara mereka.
Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab:
Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Wallohu a'lam
(sumber dari Internet)