Tuesday, September 20, 2011

TANDA- TANDA AWAL KANSER

TANDA- TANDA AWAL KANSER


(1) Kanser pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air
(4) Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan
(5) Kanser perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak
(7) Kanser ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam
( Kanser otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
(9) Kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
(10) Kanser darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
( Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil

Wednesday, September 14, 2011

PruBSN SmartLink


PruBSN SmartLink adalah satu plan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Plan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan,plan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada plan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.