Monday, June 27, 2011

Harian Metro Isnin 27 jun 2011






Bagaimana dengan anda?
sudahkah anda memiliki plan perlindungan takaful?




Sunday, March 27, 2011

Tazkirah : Alam Kubur

Alam Kubur dengan kesempitan dan kegelapannya lebih hebat dari segala bencana yang ada diatas muka bumi ini...

Malaikat Munkar dan Nankir lebih dahsyat daripada segala makhluk yang engkau temui di atas muka bumi ini...

Alam Kubur dan kengeriannya... tak dapat dibandingkan dengan segala azab seksa di atas muka bumi ini...

Kematian itu sangat dekat denganmu... umpama dekatnya tapak kaki dengan tanah yang bakal menjadi perkuburan jasadmu...kematian itu hanyalah di antara 2 waktu solat, hanyalah di antara pejam celiknya mata....tapi...anehnya
...kematian itu menjadi perkara yang paling mudah di lupakan...

Dalam mengingati kematian, Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:

i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.

ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.

iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.


Menurut pandangan ulama, mengingati kematian di samping dapat meringankan beban duniawi, mampu melembutkan hati manusia.

Kesombongan, pergaduhan, pertumpahan darah, ketidakadilan serta perilaku negatif wujud akibat kehilangan kelembutan hati.

Mengingati kematian turut mendorong tindakan positif. Manusia akan mengisi hidup yang singkat dengan perkara kebaikan sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat, bangsa dan agama.

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Malaikat Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembalinya.

Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab:
Yang paling baik akhlaknya antara mereka.
Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab:
Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


Wallohu a'lam

(sumber dari Internet)

Sunday, January 23, 2011

Insurans Jaminan Masa Hadapan


Sumber: Majalah Pengantin, Jan 2011

Tatkala hidup berseorangan ketika bujang, soal wang mungkin tidak menjadi masalah yang besar bagi kita walaupun sesetengahnya tidak begitu. Setelah berumah tangga dan dikurniakan dengan cahaya mata, tibalah masanya kita memikirkan tentang perlindungan mereka sama ada dari segi jangka masa pendek ataupun jangka masa yang panjang. Sama ada senang ataupun susah, suami harus mengambil inisiatif untuk melindungi keluarga seperti memilih polisi insurans. Insurans merupakan perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian dengan bayaran tertentu.


KENAPA PERLU INSURANS

  • Untuk Melindungi Pendapatan Keluarga

Kesinambungan pendapatan ibarat kelangsungan hidup. Ia bergantung kepada kehidupan dan juga kesihatan orang yang bekerja. Insurans yang secukupnya boleh membantu menjamin kehidupan kelak terutamanya anak-anak yang bakal anda dilahirkan.

  • Perlindungan kewangan ketika hilang upaya

Malang tidak berbau terutamanya bagi suami yang bekerja di tempat berisiko mendapat kemalangan. Jika anda sebagai ketua keluarga kehilangan upaya semasa bekerja, insurans boleh membantu keluarga anda meneruskan kelangsungan hidup.

  • Pelan pendidikan untuk anak-anak

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik dalam pendidikan anak-anak. Simpanlah untuk kepentingan masa depan anak-anak anda.

  • Sebagai tabung persaraan

Semua orang yang bekerja ingin menikmati alam persaraan yang bahagia. Alangkah bahagianya jika dapat mengelilingi dunia bersama yang tersayang di usia tua.

  • Pelan perubatan dan kesihatan

Kebanyakan orang merungut dengan kos perubatan yang tinggi pada masa ini. Orang yang bijak akan menggunakan insurans bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan yang tinggi. Insurans juga sebenarnya pemberian untuk orang yang tersayang. Jika bukan untuk diri anda, fikirkanlah untuk masa depan keluarga anda. Jika mereka kehilangan tempat bergantung, sekurang-kurangnya anda telah berikan mereka dengan sesuatu yang berharga.


5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

  • Kenal pasti bajet anda untuk memiliki insurans

Serendah RM100 , anda sudah boleh memiliki polisi insurans termasuklah simpanan tetap anda.

  • Kenal pasti jenis perlindungan yang anda mahu

Adakah anda berisiko mendapat kemalangan di tempat kerja atau di jalan raya atau terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang.

  • Kenal pasti jumlah perlindungan yang dikehendaki

Berapa lamakah jumlah perlindungan yang dikehendaki? Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang tiga tahun pertama atau pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak? Namun yang terpenting ialah perlindungan rawatan hospital anda.

  • Siapakah yang patut anda lindungi

Siapa yang paling anda sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda.


Tahukah anda?

Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuaikan hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sukar, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghdapinya (tahun sukar) kecuali sedikit daripada (biji gandum) yang akan kamu simpan.” Surah Yusuf: Ayat 47 dan 48

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa perlu ada kad perubatan?

Ramai dikalangan kita merasakan kad perubatan ini tidak penting, mungkin kerana sekarang masih bekerja di syarikat yang menyediakan kemudahan perubatan kepada pekerjanya. Persoalan yang timbul, sampai bila dan berapa banyak jumlah yang pihak syarikat sanggup menanggung bil perubatan anda?

Contoh:

Sekiranya anda disahkan mengidapi penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan, sudah semestinya anda perlu mengambil cuti sakit. Katakan seminggu cuti sakit 4 hari, bekerja 1 hari kemudian cuti lagi 3 hari. Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama syarikat boleh tanggung kita?...

Sebagai bos di syarikat tersebut, berapa lama anda sanggup menyara pekerja tersebut? Kerja terbengkalai, asyik ambil mc dan terpaksa pula membayar bil perubatan pekerja tersebut. Bunyi seperti kejam tapi itulah realiti kehidupan. "Business is business, nothing personal".

Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan syarikat dah nak bagi surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan. Bagaimana nak bayar kos perubatan? masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...


Kesimpulannya, kalau harga petrol naik, kita boleh jimatkan penggunaan petrol dengan bertukar dari naik kereta kepada naik motorsikal(risiko bertambah) atau naik kenderaan awam (berapa ramai yang sanggup?), kalau harga barang naik, tukar kepada pilihan yang lebih murah(cadangan oleh kerajaan kita).

Tetapi pernahkan kita terfikir bahawa waktu persaraan kita dari alam pekerjaan, alam makan gaji, alam dapat duit setiap bulan akan berakhir bila tiba masanya (insyaAllah jika panjang umur). Tidakkah kita terfikir, masa umur persaraan kita adakah tahap kesihatan kita masih seperti sekarang atau semakin teruk? Adakah duit yang kita kumpul selama kita bekerja dulu hanya digunakan untuk membayar kos perubatan kita? habis, macamana kita mahu menunaikan haji? pergi bercuti? menikmati zaman persaraan kita? atau sanggupkah anda bekerja semula semata-mata untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi menyara kos perubatan?

Kalau kita masih sihat masa tu, alhamdulillah. tapi bolehkah kita jamin semua tu? bagaimana pula dengan pasangan kita? kalau masa tu baru kita terpikir nak mohon kad perubatan, tipis lah peluang nak dapat kerana kad perubatan ni layak untuk orang yang sihat sahaja. Kalau dah sakit-sakit, harap maaf. Peluang nak lulus tu perit! Kalau nak mohon jugak, kena pulak buat medical checkup. Nak pulak masa tu baru dapat tahu dah ada macam-macam penyakit, hypertension(kerja kuat masa muda), masalah jantung, kencing manis tinggi, darah tinggi dan macam-macam lagi jenis penyakit zaman moden, ada ke pihak takaful yang sanggup bagi perlindungan untuk anda? kalau lah ada, adakah harga premium tu semurah yang anda boleh dapat semasa anda sihat dan masih muda?

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan, Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, "MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN dan HIDUP SEBELUM MATI"

sama-sama lah kita fikirkan..

p/s: teringat iklan Kementerian Kesihatan Malaysia pagi tadi,
2 dari 5 orang adalah obesiti (lebih risiko untuk dapat penyakit kronik)
9 dari 10 orang pesakit kanser paru-paru adalah perokok.

Thursday, September 2, 2010

Apakah aset terpenting anda??


Apakah aset terpenting bagi diri anda? Kereta? Rumah? Wang simpanan? Keluarga?

Tidakkah anda terpikir mengapa anda membeli insurans untuk melindungi aset-aset anda seperti kereta dan rumah? Ya!! Kerana aset-aset tersebut bernilai bagi anda. Tapi pernahkah anda terpikir, apakah aset terpenting bagi diri anda? Tidakkah anda terpikir bahawa DIRI ANDA SENDIRI adalah aset yang paling penting berbanding dengan perkara-perkara lain kerana tanpa diri anda, aset-aset lain tidak akan wujud. Oleh itu, kenapa anda masih ragu-ragu untuk mendapatkan pelan perlindungan untuk diri anda sendiri?

Persoalan:
Saya masih muda dan tiada tanggungan, kenapa saya perlu mengambil pelan perlindungan? Ya betul tapi jika anda jatuh sakit serius atau hilang upaya, adakah keluarga anda akan terjejas secara kewangan?

Saya sudah mempunyai kad perubatan dari majikan, jadi tidak perlu kad perubatan lain.
Fikirkan secara mendalam, milik siapa kad perubatan tersebut? Sudah tentu majikan anda mempunyai hak mutlak terhadap kad perubatan itu dan pihak majikan anda berhak menarik balik bila-bila masa kemudahan tersebut. Jika anda diserang penyakit serius dan tidak dapat bekerja lagi, adakah anda yakin majikan anda akan masih memberikan kemudahan tersebut kepada anda?

Mendapatkan pelan perlindungan seperti mendapat jaminan bagi perkara-perkara yang tidak kita inginkan berlaku pada masa hadapan

Nota ringkas:
i.Melabur dalam pelan insurans ketika masih muda dan sihat.
ii.Insurans secara amnya dibeli untuk perlindungan terhadap peristiwa yang tidak diingini supaya anda serta waris anda tidak mengalami kegawatan kewangan.
iii.Asas membina kekayaan yang utama adalah untuk melindungi Pembina kekayaan itu.