Sunday, July 25, 2010

Perbandingan diantara agent insurans @ perancang kewangan dengan doktor pakar...

Seorang isteri membawa suaminya berjumpa doktor pakar. Hasilnya pesakit terpaksa dirawat di bilik rawatan ICU. Selepas 3 bulan pesakit meninggal dunia. Kisah malang pesakit diceritakan oleh doktor kepada rakannya seorang perancang kewangan. Walaupun mereka berkawan tetapi doktor taksub dengan kerjayanya. Keadaan ini disedari oleh rakannya yang sengaja menimbulkan dialog berikut:

Agen: Adakah kamu akan meminta bayaran kepada si balu ?

Doktor: Mestilah. Saya doktor pakar.

Agen: Macam mana dengan pihak hospital pula ?

Doktor: Sudah tentu. Ubat-ubat, alat-alat hospital dan penggunaan wad semuanya perlu dibayar.

Agen: Bukankah ini tidak adil. Si isteri menyerahkan kepercayaan kepada awak dan pihak hospital bagi menyelamatkan suaminya,Tetapi kamu semua gagal, namun si balu tadi terpaksa membayar di atas kegagalan kamu. Beliau terpaksa memikirkan cara hendak membesarkan anak-anak tanpa pendapatan suami. Peliknya pihak hospital tetap mahukan wang mereka. Bagaimana beliau hendak bayar ?

Doktor: Tetapi ini adat dunia. Memang rawatan bukan percuma. Sekiranya semua pesakit diberikan rawatan percuma pasti bisnes perubatan tidak berjalan.

Agen: Memang betul, pada saat ini apabila semua orang telah kembali dari menguburkan jenazah, doktor sudah tidak ada kepentingan lagi. Sekarang perancang kewanganlah yang menjadi doktor kehidupan.

Doktor: Maksud kamu ?

Agen: Perancang kewanganlah yang membantu membayar bil hospital tadi melalui pelan insurans perubatan. Kami jugalah yang merancang supaya anak-anaknya tetap memenuhi impian arwah ayah mereka supaya dapat menjejak kaki ke universiti. Kami pastikan yang sebarang harta yang ditinggalkan dapat dipindahkan dengan cepat dan adil kepada si balu tanpa melalui prosedur mahkamah yang rumit. Kamilah yang memberikan kehormatan diri dan maruah kepada si balu tadi. Beliau tidak payah merayu ataupun mengemis bagi menyara kehidupanya. Beliau tidak perlu menjadi ibu separuh kepada anak-anaknya. Sekarang cuba buktikan sejauh mana peranan awak kepada keluarga si mati selepas dia meninggal dunia?

Doktor: ……………..(terdiam)..........


Sudahkah anda mempunyai polisi insurans & perlindungan utk diri & keluarga anda?

No comments:

Post a Comment