Monday, July 26, 2010

Pernahkah kita terpikir?


Saya sering diberikan jawapan oleh bakal client bahawa mereka tidak memerlukan polisi perlindungan takaful terutama kaum hawa dengan menyatakan bahawa suami mereka bekerja kerajaan. Jadi, semua kos perubatan adalah percuma di hospital kerajaan.

Persoalannya,
Pernahkan terfikir apa akan terjadi kepada bakal client tersebut jika suaminya sudah 'tiada'?
'tiada ' di sini bemaksud telah meninggal dunia atau bercerai. Adakah mereka masih mendapat
'privilage' itu?
Bagaimana pula jika mereka ditinggalkan suami ketika mereka sedang menghadapi penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain? Perkara ini telah banyak berlaku dan banyak dipaparkan di surat khabar harian.

Sudahlah sedang bertarung melawan penyakit kemudian ditinggalkan suami, pernahkah terpikir dimana mereka mahu mendapatkan dana bagi membiayai kos perubatan mereka itu?Ibu bapa? adik-beradik?saudara-mara?wang simpanan?Bagaimana pula dengan nasib anak-anak?

Sampai bila kita mahu bergantung nasib dan harapan pada orang lain. Sepatutnya kita yang kena berusaha melindungi diri kita sebaik mungkin terutama ketika kita masih sihat dan kuat kerana hanya orang yang sihat sahaja layak untuk mendapat perlindungan takaful bak kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" dan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan, "rebut lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara..."

Jadi kepada anda terutama wanita, sediakan plan takaful untuk diri anda terlebih dahulu kerana diri anda begitu bermakna terutama kepada anak-anak anda dan sudah tentu anda tidak mahu membebankan dari segi kewangan kepada pasangan anda jika sesuatu berlaku terhadap anda.

Dan kepada kaum lelaki, jika anda benar-benar sayangkan pasangan anda, peruntukkanlah untuk mereka plan perlindungan terutama jika berlaku sesuatu kepada anda kerana plan yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful akan menjadi percuma jika orang yang dilindungi disahkan mengidap penyakit kronik.

Hubungi saya untuk mendapat keterangan lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment