Sunday, January 23, 2011

Insurans Jaminan Masa Hadapan


Sumber: Majalah Pengantin, Jan 2011

Tatkala hidup berseorangan ketika bujang, soal wang mungkin tidak menjadi masalah yang besar bagi kita walaupun sesetengahnya tidak begitu. Setelah berumah tangga dan dikurniakan dengan cahaya mata, tibalah masanya kita memikirkan tentang perlindungan mereka sama ada dari segi jangka masa pendek ataupun jangka masa yang panjang. Sama ada senang ataupun susah, suami harus mengambil inisiatif untuk melindungi keluarga seperti memilih polisi insurans. Insurans merupakan perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian dengan bayaran tertentu.


KENAPA PERLU INSURANS

  • Untuk Melindungi Pendapatan Keluarga

Kesinambungan pendapatan ibarat kelangsungan hidup. Ia bergantung kepada kehidupan dan juga kesihatan orang yang bekerja. Insurans yang secukupnya boleh membantu menjamin kehidupan kelak terutamanya anak-anak yang bakal anda dilahirkan.

  • Perlindungan kewangan ketika hilang upaya

Malang tidak berbau terutamanya bagi suami yang bekerja di tempat berisiko mendapat kemalangan. Jika anda sebagai ketua keluarga kehilangan upaya semasa bekerja, insurans boleh membantu keluarga anda meneruskan kelangsungan hidup.

  • Pelan pendidikan untuk anak-anak

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik dalam pendidikan anak-anak. Simpanlah untuk kepentingan masa depan anak-anak anda.

  • Sebagai tabung persaraan

Semua orang yang bekerja ingin menikmati alam persaraan yang bahagia. Alangkah bahagianya jika dapat mengelilingi dunia bersama yang tersayang di usia tua.

  • Pelan perubatan dan kesihatan

Kebanyakan orang merungut dengan kos perubatan yang tinggi pada masa ini. Orang yang bijak akan menggunakan insurans bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan yang tinggi. Insurans juga sebenarnya pemberian untuk orang yang tersayang. Jika bukan untuk diri anda, fikirkanlah untuk masa depan keluarga anda. Jika mereka kehilangan tempat bergantung, sekurang-kurangnya anda telah berikan mereka dengan sesuatu yang berharga.


5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

  • Kenal pasti bajet anda untuk memiliki insurans

Serendah RM100 , anda sudah boleh memiliki polisi insurans termasuklah simpanan tetap anda.

  • Kenal pasti jenis perlindungan yang anda mahu

Adakah anda berisiko mendapat kemalangan di tempat kerja atau di jalan raya atau terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang.

  • Kenal pasti jumlah perlindungan yang dikehendaki

Berapa lamakah jumlah perlindungan yang dikehendaki? Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang tiga tahun pertama atau pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak? Namun yang terpenting ialah perlindungan rawatan hospital anda.

  • Siapakah yang patut anda lindungi

Siapa yang paling anda sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda.


Tahukah anda?

Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuaikan hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sukar, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghdapinya (tahun sukar) kecuali sedikit daripada (biji gandum) yang akan kamu simpan.” Surah Yusuf: Ayat 47 dan 48

No comments:

Post a Comment